Perniagaan semakin mencari pekerja yang menyesuaikan diri secara digital dengan kebangkitan Revolusi Perindustrian Keempat dan prospek masa depan yang diperintah oleh kecerdasan buatan.
Program Usahawan Digital Mereka, yang dibina melalui pengalaman industri selama bertahun-tahun menawarkan kemahiran yang diperlukan untuk memulakan kerjaya anda, sesuai dengan freelancer atau graduan baru.
Setiap modul mengandungi 2 jam sesi webinar. Anda akan menyiapkan tugasan berasaskan refleksi kendiri setelah selesai setiap webinar.
Sesi tutorial secara berkumpulan selepas setiap modul untuk anda mengajukan soalan yang memerlukan penjelasan daripada pelatih.
Lakukan tugasan olokan yang mensimulasikan pekerjaan gig di dalam dunia sebenar; yang sesuai dengan minat, kemahiran, dan industri yang ingin anda ceburi.
Libatkan dan bangunkan diri anda secara berterusan bersama rakan-rakan kohort melalui saluran Slack khusus.
Setelah kursus 5 minggu berjaya disempurnakan, anda akan dipadankan dengan sebuah Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS).
Sesi-sesi pementoran khusus daripada pakar-pakar industri pada setiap bulan, sepanjang 12 bulan pasca program.
Sijil tamat pengajian dan elaun RM600 akan diberikan setelah berjaya menamatkan program.
Permohonan Pendahuluan Biasiswa
Fasa 2:
Permohonan Biasiswa
Tempoh Penilaian: 1 minggu
Fasa 3:
Temuduga Maya:
Fasa 4:
Perjanjian Peserta
Fasa 5:
Onboarding
Program DE x Futuremakers selama 8 minggu ini bertujuan untuk mempersiapkan golongan belia dengan pembelajaran dan pembangunan kendiri bagi memperlengkapkan diri mereka secara digital di dalam abad ke-21. Ini membolehkan mereka mendapatkan maklumat yang tepat secara berterusan di samping melayakkan mereka dengan kemahiran dan pengalaman yang diperlukan untuk menempa kejayaan di dalam dunia pekerjaan masa hadapan.
Biasiswa yang ditawarkan adalah khusus untuk program ini dan bukan untuk institusi akademik lain.
Program ini dijalankan secara maya dan telah direka supaya bersifat komunikatif dan interaktif. Para peserta akan menghadiri webinar-webinar yang bersiaran secara langsung dan waktu-waktu pejabat dan juga melakukan tugasan dan kuiz pada setiap minggu.
Anda memerlukan sambungan internet yang stabil. Dan kami menggalakkan para peserta agar dapat memahami Bahasa Inggeris dengan baik kerana program ini dijalankan di dalam Bahasa Inggeris. Ini kerana majoriti laman freelancing dan kerja-kerja gig menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama mereka. Selain daripada itu, anda perlu meletakkan komitmen buat diri masa depan anda untuk sebarang kemungkinan yang tidak berpenghujung yang mungkin dapat diterokai daripada program ini.
Selain daripada penyertaan di dalam program 8 minggu, waktu pembelajaran dan tugasan, anda juga perlu melibatkan diri secara aktif di dalam sesi pementoran pasca program untuk tahun seterusnya dengan menghadiri sesi-sesi pementoran dan perkongsian laporan kemajuan mengenai pekerjaan dan hasil pendapatan. Ini bagi memastikan para peserta mendapat sokongan yang berterusan dan juga bagi menggalakkan jalinan kerjasama di antara peserta walaupun program telah tamat.
Itu ialah hasil yang kami harapkan. Seteleah anda melalui program kami, anda seharusnya sudah dilengkapi dengan kemahiran-kemahiran untuk menceburkan diri di dalam ekonomi gig ini! Jangan bimbang, anda akan digandingkan dengan Rakan Kongsi PKS dan sesi pementoran akan turut dijalankan bagi memberikan sokongan berterusan dalam anda mengharungi dunia tenaga kerja digital ini.
Anda boleh mendaftar untuk menyertai program ini pada bila-bila masa! Setelah pendaftaran dan butiran perhubungan diberikan kepada kami, anda akan menerima sebuah emel yang mengandungi pautan untuk anda melengkapkan permohonan anda. Meski pun begitu, oleh kerana tempat adalah terhad, kami menggalakkan anda untuk menyertai pengambilan kohort yang terawal sekali. Kami membuat pengambilan kohort secara bulanan dan setelah permohonan anda berjaya, anda akan dapat memilih tarikh mula program yang paling sesuai dengan jadual anda.
Tiada sebarang yuran permohonan yang dikenakan untuk menyertai program ini. Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan untuk biasiswa penuh dan terpilih selepas proses penilaian kami, tiada sebarang kos akan dikenakan bagi penyertaan anda di dalam program ini. Walaupun begitu, sekiranya anda telah dipilih untuk menyertai program ini tetapi anda tidak mengikutinya tanpa alasan yang kukuh, anda akan dikenakan penalti sebanyak RM100.